Ahad, 27 Februari 2011

Kosmo! Online - Lambaian Pulau Dewata

dipetik dari: Kosmo! Online - Horizon




MUZIK yang kuat bergema dari kelab-kelab malam di sekitar Legian, Kuta di Pulau Bali cukup menggetarkan dada dan telinga. Premis-premis yang membarisi jalan sempitseperti kafe, restoran dan bistronya menggamit tetamu.
Turut memeriahkan lagi laluan di sekitar Legian adalah kedai-kedai yang menjual cenderamata, pakaian, beg, kasut dan barangan kraf.
Di kaki-kaki lima premis, anak-anak muda terkinja-kinja mengikut alunan lagu yang dimainkan di kelab-kelab malam, walaupun kenderaan bertali arus menyusuri jalan itu.
Tidak kurang juga ramai yang menjadi penonton suasana ini, di ruang-ruang kosong dan tepi jalan sambil cuba menolak lembut ajakan wanita-wanita berpakaian anggun dengan solekan tebal yang menawarkan pas-pas masuk ke premis hiburan.
Kami yang menjejakkan kaki buat pertama kali di Pulau Bali, dalam kebingitan dan kerancakan suasana tidak jauh dari Ground Zero, terbayang tragedi pengeboman yang mengorbankan 202 orang. Pada masa yang sama, lebih 100 cedera di Sari Club dan Paddy’s Cafe serta kawasan sekitarnya pada 12 Oktober 2002.


“Di tanah kosong yang berpagar hijau itu tempatnya,” kata Ketut, pemandu pelancong kami ketika menurunkan kami di monumen korban kejadian itu pada awalnya, yang dibina hanya beberapa meter di seberang jalan kelab Sari.
Kebetulan hotel yang kami diami, White Rose terletak kurang 100 meter dari simpang tembok peringatan itu. Kami berjalan kaki setiap malam untuk mencuci mata dan mengunjungi kedai-kedai sepanjang Jalan Legian ini.
Hotel itu dibuka pada tahun 1997. Lima tahun kemudian, ia turut menanggung kerosakan akibat letupan bom itu.
“Pada masa itu tingkap-tingkap hotel ini pecah. Seorang jurutera yang menginap di hotel ini kehilangan isterinya yang sedang dalam perjalanan menjemputnya. Dua bulan isterinya tidak ditemui, akhirnya dia dimaklumkan bahawa isterinya adalah salah seorang daripada mangsa letupan.
“Masa kejadian itu jalan sesak dan mungkin juga ada letupan di jalan raya,” kata seorang petugas wanita White Rose Hotel.
White Rose diubah suai pada tahun 2010. Di sebalik keindahan landskap dan suasananya yang mendamaikan, kenderaan dan tetamu yang keluar masuk wajib melalui pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak keselamatan hotel. Di palang pondok pengawal tertulis larangan membawa masuk senjata dan bunga api.

MASYARAKAT Bali masih kaya dan sarat dengan pelbagai adat tradisi yang turut menarik perhatian pelancong.




Namun langkah kawalan itu sedikit pun tidak mencacatkan keindahan di Kuta khususnya dan Bali sebagai pulau pelancongan popular.
Deretan kedai di jalan sempit Legian tidak sunyi dengan pengunjung, baik siang mahupun malam.

Rabu, 23 Februari 2011

Ombak Lautan Hindi = SURF!

Apa kurangnya pantai-pantai di Malaysia? Kenapa ombak pantai di Malaysia tidak begitu sesuai untuk surf? Apa yang menyebabkan aktiviti surfing di Bali amat menarik?

Jawapan ringkasnya ialah arus dan ombak yang terjana di lautan hindi (Indian Ocean).



Jika dilihat dari animasi diatas, jelas sekali bahawa Malayisa terlindung dari paluan ombak Lautan Hindi, Antara negara yang dipengaruhi ombak lautan hindi termasuklah Afrika Selatan, Madagascar, Sri Lanka, Australia dan Indonesia (Sumatera, Pulau Jawa dan Kepulauan Bali / Lombok).

Tidak hairanlah jika anda lihat di website informasi surfing, lokasi-lokasi tersebut sering ditonjolkan sebagai ombak surfing bertaraf dunia.

Makanya, Bali adalah pilihan terdekat dan terbaik dari segi capaian apatah lagi kemudahan.








p/s
Lokasi terdekat bagi peminat surfing di Malaysia ialah Kepulauan Mentawai di barat Sumatera. Namun begitu akses kepada pengunjung biasa agak sukar dan lebih mahal. Ia mungkin akan berubah di masa akan datang apabila Mentawai menjadi lebih popular dan terbuka kepada semua peringkat pelancong.

;)

Cukai Airport (Tax) di Bali

Tahukah anda bahawa airport tax (cukai) di Ngurah Rai, Bali tidak dikira sekali dengan kos tiket kapal terbang anda?

Jika anda menempah tiket pergi-bali atau balik sahaja dari Bali ke Malaysia anad mungkin akan perasan tiada kos tambahan di dalam tempahan anda tidak seperti tiket pergi, dimana ada tambahan RM25+-?

Contohnya:

Tiket KL > Bali RM 200.00 + RM 25.00 (airport tax)
Tiket Bali > KL RM 300.00 + ?? (no airport tax)

Ini adalah kerana Airport tax di Bali (umum Indonesia) perlu dibayar secara tunai selepas check in. Dari Airport Ngurah Rai ke destinasi antarabangsa, kosnya adalah 150,000.00 rp atau lebih kurang RM 50.00 - 55.00.

Perlu dibayar dengan menggunakan matawang Rupiah (IDR) sahaja.


Bali Airport Tax
Jadi kepada yang datang ke Bali, pastikan bajet terakhir anda bukanlah dengan memborong cenderahati di airport membayangkan tiada apa yang perlu dirisaukan kerana anda sudah punya tiket pulang. Kami ada mendengar kisah yang agak menyegankan di airport bila ada pelancong yang terpaksa menjual murah jam tangan mereka demi membayar cukai.

Sahabat kami sendiri terpaksa berlari mencari ATM CIMB dan mengeluarkan wang tambahan untuk membayar cukai, sewaktu pengalaman pertama beliau meninggalkan Bali.

Pastikan ia tidak berlaku kepada anda.. ;)

p/s.

bersyukurlah kita rakyat Malaysia jika melawat bali tidak dikenakan caj Visa USD25.00 seperti yang dikenakan kepada pelancong Eropah atau Amerika. Rakyat Malaysia akan mendapat visa secara automatik apabila tiba di imigresen Bali, sah sehingga 30 hari.


Selasa, 22 Februari 2011

Pantai-pantai terbaik di Bali - Seminyak

Pantai Seminyak

Sepertimana yang dibincangkan sebelum ini, Pantai seminyak adalah kesinambungan kepada Pantai Kuta, membawa ke Pantai Legian.

Pantai Seminyak berjiran dengan Legian yang bermula dari simpang Jalan Arjuna hinggalah ke penghabisan Jalan Saridewi, langsung berjiran dengan Pantai Petitenget di sebelah utaranya.



Apa yang membezakan Seminyak dengan Legian dan Kuta adalah atmosfera di sekitarnya. Seminyak lebih terkawal, tidak begitu sesak, ekslusif serta lebih "chic". Mungkin kerana persekitaran Seminyak penuh dengan penginapan dan villa yang lebih elegan serta jelas lebih ekslusif dan mahal. Ia juga terkenal dengan restoran dan diner ekslusif yang bertaraf antarabangsa.

Yang pastinya Seminyak menawarkan pakej mewah juga lebih menarik kepada pelancong yang sedia berbelanja besar dalam percutian mereka.


Bar / Cafe KU DE TA yang amat terkenal di Bali juga terletak di Seminyak ;)



View Pantai Seminyak in a larger map


Sabtu, 19 Februari 2011

Pantai-pantai terbaik di Bali - Legian

Pantai Legian

Legian sebenarnya berjiran dengan Kuta. Ia merupakan sebahagian dari 3 sektor pantai yang berterusan; Kuta -> Legian -> Seminyak


Berbanding dengan pantai Kuta yang teramat popular, Legian merupakan pantai kedua tersibuk dan tidak kurang hebatnya. Pantai Legian bermula dari persimpangan Jalan Melasti manganjur ke persimpangan Jalan Arjuna, yang mana kedua dua simpang ini adalah cabang kepada jalan Pantai Kuta dan jalan Legian.



View Pantai Legian in a larger map

Pantai-pantai terbaik di Bali - Kuta

Pantai Kuta




Menurut sumber sahabat kami yang telah terlebih dahulu melawat Bali, Pantai Kuta merupakan pantai yang paling popular serta termasyhur di Bali.

Beribu-ribu pelancong membanjiri pantai ini setiap hari menjadikannya pantai yang paling "crowded" serta paling "havoc". Jika anda inginkan ketenangan jiwa pantai ini bukanlah jawapannya.

Tapi jika anda sememangnya mancari suasana yang benar-benar hidup; Selamat Datang Ke Pantai Kuta.


Kuta juga merupakan pantai yang menjadi pilihan kepada peminat surfing yang baru berjinak-jinak dengan sukan air ini. Ombak yang tidak tinggi serta kemudahan mendapatkan sumber surfing (kelas latihan, sewa papan luncur dsbg) menjadikannya "hotspot" kepada orang baru.



Matahari terbenam di Kuta



Kuta menjanjikan kehidupan malam yang paling bernyawa dengan kesibukan para pelancong serta aktiviti-aktivi sekitarnya. Kuta juga tumpuan kepada pelancong yang ingin berseronok di Bali dengan kos paling minimum.

Belanja dari semua aspek seperti penginapan, tempat makan serta membeli-belah tertumpu di sini. Samaada kewangan anda sederhana, mewah ataupun bajet, Kuta menawarkan pelbagai tingkat perbelanjaan berdasarkan kemampuan anda.

Sesetengah pelancong menganggap Kuta merupakan pekan pelancongan yang sesak, namun ia juga menjanjikan servis yang penuh persaingan, menawarkan pilihan terbanyak buat semua pengunjungnya.

View Pantai Kuta in a larger map


Iron Maiden tiba di Ngurah Rai, Konsert di Garuda Wisnu Kencana



Seorang sahabat kami telahpun awal-awal bertolak ke Bali dan sedang menunggu bermulanya konsert IRON MAIDEN (sapa tak kenal British Metal band ni) di Garuda Wisnu Kencana, Bali.

Konsert ini merupakan diantara siri konsert jelajah dunia album Final Frontier. Beberapa sahabat kami pula baru sahaja dari konsert Final Frontier di Singapura membawa berita kegempakan live performance band otai ini. Yeah.

Sorile takde berita first hand.Saye tak minat Iron Maiden, Tapi masih respect kerana mereka bertaraf DUNIA!

Jumaat, 18 Februari 2011

Festival Bali

Filem Bali - Mengejar Ombak (Chasing Waves)

Mengejar Ombak is a documentary feature that offers a close and personal insight into the life of a young and very talented Indonesian surfer, Dede Suryana. The film follows Dede as he embarks on his first serious season on the World Qualifying Series (WQS) - where he has been touted to become the first Asian to qualify for the World Championship Tour (WCT).

This upcoming season will be the most important point in Dedes career to date; will he obtain the results he desires? Or will Dede be temped to walk away from the money and focus on his true passion of free-surfing?


Filem Bali - Eat Pray Love

Eat Pray Love

Filem dan buku asal karangan Elizabeth Gilbert telah mempengaruhi ramai wanita di seluruh dunia untuk melawat Bali, khasnya Ubud, demi mencari harapan cinta sejati untuk diri mereka.

Karya ini merupakan kisah pengalaman pengarangnya, Elizabeth berusia awal 30-an yang mana hidupnya berubah setelah mengunjungi seorang dukun bernama Ketut di Ubud. Ketut memberi ramalan bahawa Elizabeth akan menemui kebuntuan dalam hidup serta hilang segala wang dan harta. Dia juga meramal Elizabeth akan kembali semula ke Bali dan tinggal di situ selama beberapa bulan.

Setelah bercerai dengan suaminya serta kalah dalam tuntutan harta sepencarian, Elizabeth cuba mencari erti ramalan si Ketut dan bercadang untuk memburu semula jatidiri kehidupannya dengan mengembara ke Itali, India dan manyatakan ramalan Ketut dengan kembali semula ke Bali.

Sebagai seorang pengarang, Elizabeth menerima sejumlah wang pendahuluan dari penerbit demi memodali mengembaraannya dengan kontrak ekslusif penerbitan buku sekembalinya dia ke New York.

Eat Pray Love banyak menonjolkan keindahan Bali terutamanya di Ubud, dengan lanskapnya yang unik dan hijau yang menyegarkan. Filem ini juga banyak memaparkan kehidupan expat yang memilih untuk tinggal dan menjadikan Bali sebagai rumah utama mereka.





Download Filem Bali - Kirun & Adul

Kirun dan Adul adelah sebuah filem komedi yang banyak menonjolkan persekitaran Pulau Bali sebagai latarbelakang cerita. Antara lokasi yang terdapat dalam filem ini termasuklah Kuta, Jimbaran, Ubud dan banyak lagi.

Pelakon:
  • Ricky Harun
  • Abdurrahman Arif
  • Permata Sari Harahap
  • Reza Rahadian
  • Did Petet
Jalan cerite Kirun dan Adul ini sangatlah bangang dan simple macam 2 watak utamanya jugak.

Kirun & Adul merupakan 2 pemuda yang tinggal dan berkerjaya di Kuta, Bali. Selepas habis bekerja mereka menjalani kehidupan sosial dengan berfoya-foya serta pergaulan bebas. Namun jauh di sudut hati Kirun dia sebenarnya merasa kekosongan dalam hidup dan inginkan seorang cewek keren untuk membahagiakan jiwanya.

Dari satu pertemuan dengan Gita seorang cewek yang rebel dengan orang tuanya telah mengubah situasi kehidupan mereka menjadi gempar. Gita yang sebenarnya anak perempuan kepada Wakil Presiden telah tersalah menuduh Kirun sebagai seorang stalker dan maniak sehingga mereka diburu dan dikehendaki oleh Polis Khas atas permintaan pengawal Wakil Presiden.

Pelbagai pengalaman lucu tercetus apabila mereka cuba untuk menerangkan hal sebenarnya kepada Gita, malah mereka pula tertuduh sebagai penculik!

download






























Filem ini juga menonjolkan OST dari penyanyi Imanez (Almarhum) dengan lagu terkenal beliau: Anak Pantai

http://www.4shared.com/audio/IEShRz9z/Imanez_-_Anak_Pantai.html


Tambang dan Kos termurah 2



Disebabkan masing-masing peserte projek ini tidaklah seberade mane, make soal perbelanjaan optimum amatlah dititikberatkan.

Sigh.. (some of you out there might smirk.. "poor pauper..")

Okeh lets gone!

Penilaian pertama:

Kos vs Keseronokan Optimum!

Walaupun masing-masing bercadang untuk pergi ke Bali dengan niat berbeda-beda, keutamaan Bali yang paling menyerlah adelah:


  • Pantai yang luas dan BERTARAF ANTARABANGSA.
  • Ombak Lautan Hindi & SURF!
  • Budaya dan Lanskap Bali yang UNIK
  • Kos yang MURAH
  • Syurga BACKPACKERS
Niat individu sendiri termasuklah (tertapi tidak terhad kepada) ;)

  • nak ngurat awek Minah Saleh / Jepon (untuk membodek Visa)
  • nak merasa jalan2 sekitar pekan tak pakai baju - sini takbleh woo nanti polis cas orang gile
  • nak merase surfing
  • nak lepak reggae bar & reggae live show
  • nak ambik gambar untuk photography comp
  • nak cuti, lama dah tak cuti
  • nak merasa tonggang terbalik kena magic shroom (LOL)

 



Ape-ape hal pon, moh kite lihat kos minimum untuk aktiviti diatas;

Kos pemginapan 7 hari:


Losmen dan sewa bilik banglow di sekitar Jalan Poppies I & II:

25,000 rp ke 350,000 rp 1 Malam

RM8.50 ke RM120.00 1 Malam

(meningkat 25% musim sibuk)


Kos 1 minggu antara RM60.00 ke RM840.00

Hotel dan Villa Sekitar Kuta
Dari RM55.00 ke RM350.00 1 Malam

Hotel dan Villa sekitar seminyak
Dari RM 80.00 ke 1200.00 1 Malam




Silalah gunakan enjin carian hotel di bawah untuk melihat kos penginapan sekitar bali:


Khamis, 17 Februari 2011

Adekah ini satu permainan silap mata?

Saye baru sahaje menempah tiket flight untuk rakan-rakan dan selepas selesai kesemue info dimasukkan, saye terngange besor melihat jumlah keseluruhan yang perlu dibayar melalui debit langsung Maybank:

Oh Tidak..!

Wahai Air Asia. camane aku nak menempah macam nie? Duit kat bank pun ade berape je. Mase saye book yang lain dulu xde pun kuar macam nie?

Famous Travel Quote



“The world is a book and those who do not travel read only one page.”
St. Augustine

Travel, in the younger sort, is a part of education; in the elder, a part of experience.
Francis Bacon

To travel is to discover that everyone is wrong about other countries.
Aldous Huxley

A lie can travel half way around the world while the truth is putting on its shoes.
Charles Spurgeon

“All journeys have secret destinations of which the traveler is unaware.”

Tambang dan kos termurah?



Projek ini sebenornye terbentuk daripade kegagalan mendapatkan visa untok pergi ke jepon. Mengenangkan visa jepon kena ade duit belas ribu dalam bank (min 3 bulan) untuk travel 2 minggu. (Informasi dari Forum Lowyat Club LYN Japan: http://bit.ly/fgHRTW)

Disebabkan kekecewaan tersebot make terpakselah mencari alternatif lain untok mengobat hati yang lare ni. Sedang dalam sembang2 sesame kengkawan trip bali ni pun terbentuk.

Sememangnye sebelom ni pon dah ade member sampai ke Bali dan balik membawe impak mendalam jugaklah kepade kami. Beliau telahpon lepak di bali selame 2 minggu dan cerite-cerite dari beliau tulah yang menambah semangat untok merialisasikan projek ni.

Apelah maknenye travel kalau kena berenang? So dalam kes nie kenalah naik kapal terobang. Pilihan yang paling mudah adelah AirAsia. Murah dan cincai. Takde kos lebih2.

Dalam kes kami yang memang nak sep (save) kos ni make 6 bulan perancangan untuk mendapatkan tiket murah telahpon dimulekan dengan mencari kos yang paling murah sekali. Logik disebaleknye adelah kos2 awal dengan kos semasa perjalanan akan diasingkan untuk mengelakkan beban kepade kengkawan;

1. Kos penerbangan
2. Kos dokumentasi (passport dsbg)
3. Kos perjalanan + kos semasa di bali

Kos penerbangan akan diuruskan terlebih dahulu, diasingkan dari kos sebenar perbelanjaan semase di Bali.

Kos dokumentasi merupekan kos tambahan dan bernilai tetap. Permohonan passport antarabangsa Malaysia kini diberi pilehan untuk membuat passport minimum 2 tahun dengan kos RM100. Sila rujuk lokasi Pejabat Pendaftaran di sekitar anda:


Kedah
Pulau Pinang
Johor
Pahang
Perak
Kelantan
Selangor
Negeri Sembilan
Melaka
Perlis
Terengganu
Sabah
Sarawak
Labuan
Kuala Lumpur
Putrajaya

Kos perjalanan + kos semasa di bali adelah kos yang paling mahal. Kos 1 & 2 diasingkan supaya tidak menampakkan beban kos sebenar, memberi ilusi bahawe trip Bali ini nampak murah.

Kebanyakan peserta trip ini tidaklah bergaji besar malahan masih ade yang masih belajar. Dengan itu pembahagian kos ini memberi sedikit kelonggaran dan masa untuk mengumpul perbelanjaan.

Di mana nak mohon passport Antarabangsa?



Di mana nak dapatkan passport antarabangsa? Silalah rujuk pejabat pendaftaran dan imigresen di sekitar anda:
Kedah
Pulau Pinang
Johor
Pahang
Perak
Kelantan
Selangor
Negeri Sembilan
Melaka
Perlis
Terengganu
Sabah
Sarawak
Labuan
Kuala Lumpur
Putrajaya


Selamat Datang ke Projek Trip Bali



Selamat datang ke Projek Trip ke Bali.

Adelah dimaklomkan bahawesenye blon ini dibine sebagei ruangan peristiwa dan informasi projek trip ke Pulau Bali pade bulan Nam ini.

Sekirenye anda pare pembace semue ade informasi untuk sikongsi bersame silelah reply atau mesej admin bloh nie.

Walaupun ramai kengkawan dah tau tapi sebenornye projek ni adelah rahsie dan secret dari ramai pehak. Sebubongan dengan itu makenye blog ini dibine secare anonymous dan tiade informasi pihak yang terbabit dipaparkan - melainkan sehingge tibe masenye yang sesuai.

Oleh itu makenye kami yang terlibat dalam projek ini tidaklah bername hanye diberi gelaran sahaje.

Projek ini juge dibuat supaye memudahkan dokumentasi perjalanan dikaji dan dilaporkan untok kenangan di mase akan datang ataupon rujukan kepade rakan-rakan lain yang berminat untuk membuat trip yang same (ke Pulau Bali).

Diharap projek blog ini dapat memanefaatkan kepada pembaca sebageimane ie memanefaatkan pihak kami jugek.

Sekian terime kaseh







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...