Khamis, 17 Februari 2011

Tambang dan kos termurah?



Projek ini sebenornye terbentuk daripade kegagalan mendapatkan visa untok pergi ke jepon. Mengenangkan visa jepon kena ade duit belas ribu dalam bank (min 3 bulan) untuk travel 2 minggu. (Informasi dari Forum Lowyat Club LYN Japan: http://bit.ly/fgHRTW)

Disebabkan kekecewaan tersebot make terpakselah mencari alternatif lain untok mengobat hati yang lare ni. Sedang dalam sembang2 sesame kengkawan trip bali ni pun terbentuk.

Sememangnye sebelom ni pon dah ade member sampai ke Bali dan balik membawe impak mendalam jugaklah kepade kami. Beliau telahpon lepak di bali selame 2 minggu dan cerite-cerite dari beliau tulah yang menambah semangat untok merialisasikan projek ni.

Apelah maknenye travel kalau kena berenang? So dalam kes nie kenalah naik kapal terobang. Pilihan yang paling mudah adelah AirAsia. Murah dan cincai. Takde kos lebih2.

Dalam kes kami yang memang nak sep (save) kos ni make 6 bulan perancangan untuk mendapatkan tiket murah telahpon dimulekan dengan mencari kos yang paling murah sekali. Logik disebaleknye adelah kos2 awal dengan kos semasa perjalanan akan diasingkan untuk mengelakkan beban kepade kengkawan;

1. Kos penerbangan
2. Kos dokumentasi (passport dsbg)
3. Kos perjalanan + kos semasa di bali

Kos penerbangan akan diuruskan terlebih dahulu, diasingkan dari kos sebenar perbelanjaan semase di Bali.

Kos dokumentasi merupekan kos tambahan dan bernilai tetap. Permohonan passport antarabangsa Malaysia kini diberi pilehan untuk membuat passport minimum 2 tahun dengan kos RM100. Sila rujuk lokasi Pejabat Pendaftaran di sekitar anda:


Kedah
Pulau Pinang
Johor
Pahang
Perak
Kelantan
Selangor
Negeri Sembilan
Melaka
Perlis
Terengganu
Sabah
Sarawak
Labuan
Kuala Lumpur
Putrajaya

Kos perjalanan + kos semasa di bali adelah kos yang paling mahal. Kos 1 & 2 diasingkan supaya tidak menampakkan beban kos sebenar, memberi ilusi bahawe trip Bali ini nampak murah.

Kebanyakan peserta trip ini tidaklah bergaji besar malahan masih ade yang masih belajar. Dengan itu pembahagian kos ini memberi sedikit kelonggaran dan masa untuk mengumpul perbelanjaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silelah menggunakan tatasusila serta bahasa yang sesuai dalam komen anda. Informasi berguna adalah digalakkan. Komen yang dianggap tidak menyenangkan akan dipadam. Harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...