Rabu, 23 Februari 2011

Ombak Lautan Hindi = SURF!

Apa kurangnya pantai-pantai di Malaysia? Kenapa ombak pantai di Malaysia tidak begitu sesuai untuk surf? Apa yang menyebabkan aktiviti surfing di Bali amat menarik?

Jawapan ringkasnya ialah arus dan ombak yang terjana di lautan hindi (Indian Ocean).



Jika dilihat dari animasi diatas, jelas sekali bahawa Malayisa terlindung dari paluan ombak Lautan Hindi, Antara negara yang dipengaruhi ombak lautan hindi termasuklah Afrika Selatan, Madagascar, Sri Lanka, Australia dan Indonesia (Sumatera, Pulau Jawa dan Kepulauan Bali / Lombok).

Tidak hairanlah jika anda lihat di website informasi surfing, lokasi-lokasi tersebut sering ditonjolkan sebagai ombak surfing bertaraf dunia.

Makanya, Bali adalah pilihan terdekat dan terbaik dari segi capaian apatah lagi kemudahan.








p/s
Lokasi terdekat bagi peminat surfing di Malaysia ialah Kepulauan Mentawai di barat Sumatera. Namun begitu akses kepada pengunjung biasa agak sukar dan lebih mahal. Ia mungkin akan berubah di masa akan datang apabila Mentawai menjadi lebih popular dan terbuka kepada semua peringkat pelancong.

;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silelah menggunakan tatasusila serta bahasa yang sesuai dalam komen anda. Informasi berguna adalah digalakkan. Komen yang dianggap tidak menyenangkan akan dipadam. Harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...