BackPacking


Tujuan kami ke bali adalah untuk melancong dengan kos paling minimum.

Perjalanan bermula dan berakhir tepat 10 hari. kos per hari? Maksimum RM 50.00

Maknanya untuk 10 hari jumlahnya RM 500.00. Berjayakah projek ini nanti? InsyaAllah jika berjaya akan kami sediakan itinerary dan jumlah kos sepanjang kami di Bali.

Kebanyakan pakej ke bali bernilai RM 800.00 ke RM 1000.00 untuk 4 hari 4 malam (4D3N). Pakej termasuklah kos penerbangan, kenderaan, penginapan dan layanan. 
Jika anda berkemampuan, berjalan dengan keluarga atau agak kekurangann waktu, maka pakej ini sangatlah sesuai. Anda akan dilayan dan dibawa melancong serta dijamu dengan selesa. 
Tiada apa yang perlu dirisaukan. Kebanyakan tempat menarik biasanya termasuk dalam pakej. Masa persendirian untuk shopping juga disediakan biasanya sebelum penerbangan pulang ke tanahair.  
Anda akan pulang membawa pelbagai pengalaman dan memori indah sewaktu di Bali untuk diceritakan kepada rakan taulan. Menarik bukan?


Tetapi kami ingin lebih dari itu. Kami mahukan pengalaman yang lebih jelas, tidak dikekang oleh pemandu pelancong. Kami mahu teman baru sepanjang perjalanan kami, tak kira tempatan atau pelancong dari luar Asia Tenggara.

Kami mahu meneroka ruang dan daerah yang terpinggir serta tempat yang kurang dihebahkan. Kami mahukan pengalaman melancong yang lebih bebas dan benar-benar mengujakan!

Makanya 4 hari 3 malam dengan keselesaan pemandu pelancong tidak mencukupi. 


Kenyataan diatas mungkin agak keras.

Akan tetapi, kelebihan sebagai orang bujang adalah tiada batas kekangan. Sebagai orang bujang kami lebih bebas dalam menentukan arah, jumlah dan keselesaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...