Sabtu, 19 Februari 2011

Pantai-pantai terbaik di Bali - Kuta

Pantai Kuta




Menurut sumber sahabat kami yang telah terlebih dahulu melawat Bali, Pantai Kuta merupakan pantai yang paling popular serta termasyhur di Bali.

Beribu-ribu pelancong membanjiri pantai ini setiap hari menjadikannya pantai yang paling "crowded" serta paling "havoc". Jika anda inginkan ketenangan jiwa pantai ini bukanlah jawapannya.

Tapi jika anda sememangnya mancari suasana yang benar-benar hidup; Selamat Datang Ke Pantai Kuta.


Kuta juga merupakan pantai yang menjadi pilihan kepada peminat surfing yang baru berjinak-jinak dengan sukan air ini. Ombak yang tidak tinggi serta kemudahan mendapatkan sumber surfing (kelas latihan, sewa papan luncur dsbg) menjadikannya "hotspot" kepada orang baru.



Matahari terbenam di Kuta



Kuta menjanjikan kehidupan malam yang paling bernyawa dengan kesibukan para pelancong serta aktiviti-aktivi sekitarnya. Kuta juga tumpuan kepada pelancong yang ingin berseronok di Bali dengan kos paling minimum.

Belanja dari semua aspek seperti penginapan, tempat makan serta membeli-belah tertumpu di sini. Samaada kewangan anda sederhana, mewah ataupun bajet, Kuta menawarkan pelbagai tingkat perbelanjaan berdasarkan kemampuan anda.

Sesetengah pelancong menganggap Kuta merupakan pekan pelancongan yang sesak, namun ia juga menjanjikan servis yang penuh persaingan, menawarkan pilihan terbanyak buat semua pengunjungnya.

View Pantai Kuta in a larger map


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silelah menggunakan tatasusila serta bahasa yang sesuai dalam komen anda. Informasi berguna adalah digalakkan. Komen yang dianggap tidak menyenangkan akan dipadam. Harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...