Selasa, 22 Februari 2011

Pantai-pantai terbaik di Bali - Seminyak

Pantai Seminyak

Sepertimana yang dibincangkan sebelum ini, Pantai seminyak adalah kesinambungan kepada Pantai Kuta, membawa ke Pantai Legian.

Pantai Seminyak berjiran dengan Legian yang bermula dari simpang Jalan Arjuna hinggalah ke penghabisan Jalan Saridewi, langsung berjiran dengan Pantai Petitenget di sebelah utaranya.



Apa yang membezakan Seminyak dengan Legian dan Kuta adalah atmosfera di sekitarnya. Seminyak lebih terkawal, tidak begitu sesak, ekslusif serta lebih "chic". Mungkin kerana persekitaran Seminyak penuh dengan penginapan dan villa yang lebih elegan serta jelas lebih ekslusif dan mahal. Ia juga terkenal dengan restoran dan diner ekslusif yang bertaraf antarabangsa.

Yang pastinya Seminyak menawarkan pakej mewah juga lebih menarik kepada pelancong yang sedia berbelanja besar dalam percutian mereka.


Bar / Cafe KU DE TA yang amat terkenal di Bali juga terletak di Seminyak ;)



View Pantai Seminyak in a larger map


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silelah menggunakan tatasusila serta bahasa yang sesuai dalam komen anda. Informasi berguna adalah digalakkan. Komen yang dianggap tidak menyenangkan akan dipadam. Harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...