Jumaat, 18 Februari 2011

Filem Bali - Eat Pray Love

Eat Pray Love

Filem dan buku asal karangan Elizabeth Gilbert telah mempengaruhi ramai wanita di seluruh dunia untuk melawat Bali, khasnya Ubud, demi mencari harapan cinta sejati untuk diri mereka.

Karya ini merupakan kisah pengalaman pengarangnya, Elizabeth berusia awal 30-an yang mana hidupnya berubah setelah mengunjungi seorang dukun bernama Ketut di Ubud. Ketut memberi ramalan bahawa Elizabeth akan menemui kebuntuan dalam hidup serta hilang segala wang dan harta. Dia juga meramal Elizabeth akan kembali semula ke Bali dan tinggal di situ selama beberapa bulan.

Setelah bercerai dengan suaminya serta kalah dalam tuntutan harta sepencarian, Elizabeth cuba mencari erti ramalan si Ketut dan bercadang untuk memburu semula jatidiri kehidupannya dengan mengembara ke Itali, India dan manyatakan ramalan Ketut dengan kembali semula ke Bali.

Sebagai seorang pengarang, Elizabeth menerima sejumlah wang pendahuluan dari penerbit demi memodali mengembaraannya dengan kontrak ekslusif penerbitan buku sekembalinya dia ke New York.

Eat Pray Love banyak menonjolkan keindahan Bali terutamanya di Ubud, dengan lanskapnya yang unik dan hijau yang menyegarkan. Filem ini juga banyak memaparkan kehidupan expat yang memilih untuk tinggal dan menjadikan Bali sebagai rumah utama mereka.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silelah menggunakan tatasusila serta bahasa yang sesuai dalam komen anda. Informasi berguna adalah digalakkan. Komen yang dianggap tidak menyenangkan akan dipadam. Harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...