Rabu, 23 Februari 2011

Cukai Airport (Tax) di Bali

Tahukah anda bahawa airport tax (cukai) di Ngurah Rai, Bali tidak dikira sekali dengan kos tiket kapal terbang anda?

Jika anda menempah tiket pergi-bali atau balik sahaja dari Bali ke Malaysia anad mungkin akan perasan tiada kos tambahan di dalam tempahan anda tidak seperti tiket pergi, dimana ada tambahan RM25+-?

Contohnya:

Tiket KL > Bali RM 200.00 + RM 25.00 (airport tax)
Tiket Bali > KL RM 300.00 + ?? (no airport tax)

Ini adalah kerana Airport tax di Bali (umum Indonesia) perlu dibayar secara tunai selepas check in. Dari Airport Ngurah Rai ke destinasi antarabangsa, kosnya adalah 150,000.00 rp atau lebih kurang RM 50.00 - 55.00.

Perlu dibayar dengan menggunakan matawang Rupiah (IDR) sahaja.


Bali Airport Tax
Jadi kepada yang datang ke Bali, pastikan bajet terakhir anda bukanlah dengan memborong cenderahati di airport membayangkan tiada apa yang perlu dirisaukan kerana anda sudah punya tiket pulang. Kami ada mendengar kisah yang agak menyegankan di airport bila ada pelancong yang terpaksa menjual murah jam tangan mereka demi membayar cukai.

Sahabat kami sendiri terpaksa berlari mencari ATM CIMB dan mengeluarkan wang tambahan untuk membayar cukai, sewaktu pengalaman pertama beliau meninggalkan Bali.

Pastikan ia tidak berlaku kepada anda.. ;)

p/s.

bersyukurlah kita rakyat Malaysia jika melawat bali tidak dikenakan caj Visa USD25.00 seperti yang dikenakan kepada pelancong Eropah atau Amerika. Rakyat Malaysia akan mendapat visa secara automatik apabila tiba di imigresen Bali, sah sehingga 30 hari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Silelah menggunakan tatasusila serta bahasa yang sesuai dalam komen anda. Informasi berguna adalah digalakkan. Komen yang dianggap tidak menyenangkan akan dipadam. Harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...