Selasa, 28 Jun 2011

Dah balik dah yeyy...

Akhirnye dah balik dah ke Kuala Kangsar. Walaupun lambat update, selepas ni insyaAllah akan ditambah selalu dengan gambar dan informasi fresh dari BALI!

Ahad, 12 Jun 2011

Kuta, Masih lagi malam pertama (lagi LOL)


Keluar je kat airport berkerumun orang nak offer transport dan teksi. Kitaorang cool je dulu. Benda pertama sekali aku nak beli adelah SIM kad! Singgah kat kaunter tepi parking tu ada orang jual simkad.. dah siap register katanya.. so terus boleh pakai. Harganya nanti aku cerita (ada kisahnya kat sini).

Aku dengan Buyut beli kad. senang kalau apa2 hal nanti. Geng yang lain tak beli lagi. Dalam masa yang sama ada seorang pakcik offer kitaorang kenderaan untuk ke Kuta. Selepas kira-kira lebih kurang maka setuju la kami naik dengan harga RM6 sorang. Jalan la..


Sepanjang jalan dah nampak banyak giler kedai dan dept store mempromosikan "jualan murah" "sale" dan sebaginya. Volcom, Hurley dan macam-macam lagi la. Apai dah rambang mata nengok sale-sale semua ni nak pergi shopping.

Aku tanya Pak Agung apa nama jalan ni, dia kata Jalan Bypass Ngurah Rai. "Ehh,.." kata dalam hati aku. Jalan Bypass ni bukan ke jalan jauh kalau nak ke area Poppies..?

So aku tanya kat Pak Agung, dia explain kat aku pasal jalan dekat selalunya jem kat Kuta, nanti sangkut susah. Betul juga.. dan selepas 2-3 hari aku di kuta memang apa yang dia kata tu memang betul. Kuta ni jem macam cilake tempatnye.

Pak Agung turunkan kitaorang kat Jalan Lebak Bene. Katanya Kalau mau ke Poppies ikut Jalan Benesari nanti langsung jumpa Poppies I dan II.

View Jalan Lebak Bene in a larger map


Mencari hotel di Kuta buat pertama kali adalah mencabar, lebih-lebih lagi waktu malam dan dengan jumlah ahli yang ramai.

*Tips*

  • Pastikan kaji terlebih dahulu Hotel yang ingin korang nak pergi dan pastikan kedudukannye dalam peta.
  • Kalau boleh jangan sampai selepas waktu siang, selalunya waktu ni hotel dah hampir penuh.
  • Kalau datang ramai jangan berpecah, nanti senang sesat (lorong kat sini berpusing2 dan hotel banyak tersorok.)
  • Kalau ramai sangat sekali datang kaunter susah nak dapat bilik, gi tanya sorang2 dulu.
  • Try tanya kalau dapat kongsi 3 orang satu bilik. Save sikit bajet. Katil boleh sambung kongsi 3 orang haha..



Lorong-lorong yang mengelirukan.

Kalau tak silap ni kat Kamini Guesthouse..?








Dari Kiri: Kumbo, Buyut, Putu, Udin, adik Udin dan Adi.

Akhirnya dapat juga bilik kat Bali Manik di Poppies Lane II. Kat sini banyak kosong.. Orait gak la.. Brader yang jaga kaunter tu nama dia PUTU (nama standard orang bali). Terus je jadi member hahah. Bantai plak lepak ngan member2 dia yang lain terus jadi geng, diaorang pun metal juge rupenye! Kebanyakan diaorang ni orang tanah Jawa, Putu sorang je orang Bali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...