Selasa, 28 Jun 2011

Dah balik dah yeyy...

Akhirnye dah balik dah ke Kuala Kangsar. Walaupun lambat update, selepas ni insyaAllah akan ditambah selalu dengan gambar dan informasi fresh dari BALI!

Ahad, 12 Jun 2011

Kuta, Masih lagi malam pertama (lagi LOL)


Keluar je kat airport berkerumun orang nak offer transport dan teksi. Kitaorang cool je dulu. Benda pertama sekali aku nak beli adelah SIM kad! Singgah kat kaunter tepi parking tu ada orang jual simkad.. dah siap register katanya.. so terus boleh pakai. Harganya nanti aku cerita (ada kisahnya kat sini).

Aku dengan Buyut beli kad. senang kalau apa2 hal nanti. Geng yang lain tak beli lagi. Dalam masa yang sama ada seorang pakcik offer kitaorang kenderaan untuk ke Kuta. Selepas kira-kira lebih kurang maka setuju la kami naik dengan harga RM6 sorang. Jalan la..


Sepanjang jalan dah nampak banyak giler kedai dan dept store mempromosikan "jualan murah" "sale" dan sebaginya. Volcom, Hurley dan macam-macam lagi la. Apai dah rambang mata nengok sale-sale semua ni nak pergi shopping.

Aku tanya Pak Agung apa nama jalan ni, dia kata Jalan Bypass Ngurah Rai. "Ehh,.." kata dalam hati aku. Jalan Bypass ni bukan ke jalan jauh kalau nak ke area Poppies..?

So aku tanya kat Pak Agung, dia explain kat aku pasal jalan dekat selalunya jem kat Kuta, nanti sangkut susah. Betul juga.. dan selepas 2-3 hari aku di kuta memang apa yang dia kata tu memang betul. Kuta ni jem macam cilake tempatnye.

Pak Agung turunkan kitaorang kat Jalan Lebak Bene. Katanya Kalau mau ke Poppies ikut Jalan Benesari nanti langsung jumpa Poppies I dan II.

View Jalan Lebak Bene in a larger map


Mencari hotel di Kuta buat pertama kali adalah mencabar, lebih-lebih lagi waktu malam dan dengan jumlah ahli yang ramai.

*Tips*

  • Pastikan kaji terlebih dahulu Hotel yang ingin korang nak pergi dan pastikan kedudukannye dalam peta.
  • Kalau boleh jangan sampai selepas waktu siang, selalunya waktu ni hotel dah hampir penuh.
  • Kalau datang ramai jangan berpecah, nanti senang sesat (lorong kat sini berpusing2 dan hotel banyak tersorok.)
  • Kalau ramai sangat sekali datang kaunter susah nak dapat bilik, gi tanya sorang2 dulu.
  • Try tanya kalau dapat kongsi 3 orang satu bilik. Save sikit bajet. Katil boleh sambung kongsi 3 orang haha..



Lorong-lorong yang mengelirukan.

Kalau tak silap ni kat Kamini Guesthouse..?








Dari Kiri: Kumbo, Buyut, Putu, Udin, adik Udin dan Adi.

Akhirnya dapat juga bilik kat Bali Manik di Poppies Lane II. Kat sini banyak kosong.. Orait gak la.. Brader yang jaga kaunter tu nama dia PUTU (nama standard orang bali). Terus je jadi member hahah. Bantai plak lepak ngan member2 dia yang lain terus jadi geng, diaorang pun metal juge rupenye! Kebanyakan diaorang ni orang tanah Jawa, Putu sorang je orang Bali.

Touchdown dan malam pertama (lol)


Sampai di Ngurah rai Airport (Bandara Ngurah Rai) tepat 7.30 PM waktu Malaysia (dan juga waktu Bali) tapi dah gelap macam pukul 8 lebih kat semenanjung.









Aku dengar cerita ada orang kena rampas kamera amik gambar kat sini. Alhamdulillah tak kena. Tapi mamat depan aku kena sound sebab jawab talipon bimbit.

Bandara Ngurah Rai ni ringkas je. Mula mula kena beratur 2 baris panjang tapi pastu pecah jadi 3 sebab diaorang panggil orang dari malaysia dan negara-negara jiran yang tidak memerlukan visa berbayar. Bengkek je muka-muka mat saleh tengok kitorang lepas masuk tak bayar duit visa. Free je ahahahaha lol!


Pemandangan dari atas langit

Dalam flight biasa la.. Muka2 flight cabin tu semua boring je masa tunjukkan rutin keselamatan hahaha. tu le nak lagi jadi stewardess. LOL. Tapi ada satu awek tu mekap tebal giler, muka pun muka poker, tapi cool nak mampus masa buat demonstrasi. Stail-lah dia tu.

Masa flight tu nak start aku dah rase dah nak termuntah. Aku rase pilot tu "ascend" mengejut sangat kot. Dalam 5 minit gak la baru rasa normal balik.

Tak lama attendan sibuk distribute makanan. Hahaha.. nyesal plak aku rase tak order makanan. Bukan senang oo nak makan atas kapal terbang. RM 12 je kalau order online sekali tiket. Makan KFC kat airport pun mahal lagi, atas darat plak tuh.  Yang lawaknye yelah melihat mat/minah saleh ni makan.. macam tak penah jumpe nasih (mungkin gak kot). Makan nasi lemak pakai 2 belah tangan. sigh..~ teruk betui. Takde snap pun sebab aku risau nak buka HP.

Tapi aku rasa la yang paling ralat naik Airasia tak beli makanan adalah kekurangan air. Dahga telan air liur la. Nak beli air saje rase rugi plak. Tapi la kan, aku tengok makcik kat seat depan tu selambe je keluarkan makanan dari beg tangan dia. Hahahaha sempoi!! Esok lusa nak buat trik macam tu la.  


Sampai kat satu area, dalam lingkungan nak maghrib gak la, Captain bagi pengumuman ada pemandangan menarik kat sebelah kiri flight (seingat aku la) sebab aku dok kanan tak dapat la tengok. Tapi mat saleh selambe je jenguk celah2 penumpang lain.  yela bukan selalu dapat tengok.


Aku rasa ada puncak gunung berapi kot. Tapi Che'e sempat snap 2-3 gambar gunung berapi dari sebelah kami. Cantik gak.









Dari KL Sentral ke LCCT 4, Bali Day 1


Sampai LCCT pukul 1.30 pm lebih kurang. Panas Ya Rabbi..! lepak tepi parking isap rokok. Tak lama Kumbo sampai, member dia hantar. Tak sempat makan tengahari katenye, pergi beli McD melantak dulu.

Aku pusing-pusing satu LCCT cari cari kaunter CIMB nak beli "travel insurance". Tak jumpe. Aku tanye kat kaunter pertanyaan pun diaorang tak tau. Lepas check-in masuk waiting room barulah aku nampak kaunter CIMB. Berlari aku dengan Apai pergi beli insurans. RM 45 untuk jarak masa perjalanan 1-10 hari dengan perlindungan meliputi seluruh ASIA.

Masa pergi money changer kat LCCT aku tukar trus pergi rupiah RM 200. Terkejut aku dapat 500,000 je. Patut dapat dalam 540k atau 550k. teruk betul diaorang potong komisyen. Tak nak aku tukar kat airport Malaysia next time.

Sampai Bali pergi ATM je senang keluar duit. Nilai duit betul betul ikut currency exchange.


Baru sampai tak sempat parking pun amik gambar dulu..




Kumbo x dan nak makan tengahari, melantak McD je.

 

ape yang kecoh aku pun tak ingat..

Pergi money changer. Rugi oo diaorang tax RM 20. RM200 dapat 500,000 Rp je.


Nak naik Airasia ni macam nak naik bas ekspress je. Memang bajet giler airport dia.




Dari KL Sentral ke LCCT 3

Pukul 7 aku bangun dengan Apis pergi amik Apai dengan Ejoy. Pastu beli nasi lemak buat sarapan. Tak lama lepas balik rumah Man, geng2 Kuale yang dok Kl semua sampai. 3 bijik kete kalau x silap aku.

Baru lepas mandi. Pakaian kurang so taram je baju yang sama.

Sibuk kemas kain baju
 


Kaum datang nak tolong hantar pergi LCCT. 3 bijik kete sampai.

Macam nak ngantar pergi Haji je gayenye.

Makan dulu.. kang lapar nak tunggu sampai Bali

Dari KL Sentral ke LCCT 2

Lepas habis makan man ajak lepak pusing2 KL plak. hehehe lama tak pegi lepak, Aku jom aje..

Dataran Merdeka tengah malam



Geng mana aku pun tak tau la


Buyut menari shuffle sorang2 cuba menarik perhatian kawan2 yang sedang sibuk melayan handset. 

Akhirnye Buyut berjaya menarik perhatian kami dengan lawak2 lucahnye.

Sapa yang buat lawak lucah kali ni aku x ingat tapi aku rasa mesti Che E yang buat. ;)

Lepak BB Plaza. Milo segelas RM5. Tokey dia orang Kuala aku dengar.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...